Wednesday 3 November 2010




Khaira Arisya Bt Mohd Fadly..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kyra...
Malam ni Ucu x dpt lelapkan mata..
Entah kenapa..hati ni terasa dekat dgn Kyra..
Sedangkan hakikatnya..
Kita jauh di seberang benua..

Ucu masih ingat..detik pertama kali ucu lihat susuk comel insan yg Ucu nanti2kan..
Masih segar dlm ingatan Ucu..air mata ini laju mengalir..
Kerna sgt2 gembira..susuk comel itu dah berada di depan mata..
Allah...gembira rasanya..

Khaira..
Malam ini sangat dingin..namun rindu pada Khaira tetap hangat dlm hati Ucu..
Terngiang2..
Gelak tawa...
Gurau senda Khaira dgn Ucu..
Manja khaira dgn ucu...
Cair hati ini melihatmu..

Ya Allah..selimutkan rinduku..bersama malam anak kecil ini..
Lindungi anak kecil ini Ya Allah..Moga besarnya kelak..Menjadi Mujahidah di jalan agamaMu..
Semoga pengakhirannya kelak..berlindung di bawah arasy kebaikanMu Ya Allah..


Yang Merinduimu..,

Ucu.

Monday 1 November 2010

Rumah-NYA

Bismillahirrahmanirrahim..

bersyukur masih diberikan peluang utk hidup di muka bumi-Mu ini allah..
selawat dan salam ke atas junjungan besar, penghulu segala anbiya Muhammad S.A.W....dan segala syukur pada mu ya rabb tuhan sekalian alam..yg masih memberi nikmat terbesar bg seorang hambanya..IMAN dan ISLAM..alhamdulillah..

tergerak hati ingin berkongsi sedikit mngenai tajuk di atas..atau erti kata lain Masjid..:-)

Sepanjang keberadaan di mesir..sedar atau tidak..peluang utk berada di rumah allah ini sgt2 terbuka.manakan tidak terbinanya masjid di mesir ini mmg lah sgt byk.tatkala dilaungkan azan tandanya masuk waktu solat..kita dapat dgr azan bersahut-sahutan..nauzubillah..andai hati tidak terusik dgn laungan azan petanda masuknya waktu solat..nasihat pada diri sendiri dan pada yg membaca..ayuh segerakan solat!:-)

bila bercakap pasal masjid..teringat kenangan zaman kanak2 dulu kan.iye lah pergi mesjid hanya waktu solat terawikh.Bukan main mengelat bila ayah duk ajak ke mesjid pada waktu maghrib dan isya..hatta kadang2..sampai ke usia yg mencecah 20 tahun ini pun masih berat "punggung" nak ke mesjid..insyaallah semakin meningkat usia..moga2 allah dekatkan hati kita pada rumahNYA..tempat yg penuh ketenangan..bila mana hati gelisah..jiwa resah.

Masih terkenang..saat pertama kali menjejakkan kaki di Masjidil Haram, Makkah Al-Mukaramah.Ketika mana hati ini hidup dgn penuh kelekaan..allah menjemput utk menjadi "tetamuNYA"...Allah..perasaan ketika mana melihat baitullah al haram sgt2 mendamaikan..hingga tidak sedar air mata keluar tanpa tahannya..air mata mengenangkan hidup penuh dosa..meninggalkan solat..lalai dan byk lagi..hamba allah yg lemah..

Subhanallah Maha Suci Allah..Saya berdoa..agar rakan2 seperjuangan dpt peluang kesana..ketika mana kita masih di bumi anbiya ini..dah dekat dah sbnarnya..insyaallah ya..



Satu kelebihan di mesir..masih ramai "jiwa2" muda yg melekat di masjid.Itu suatu fenomena yg menjadikan mesir ini suatu bumi yg ummatnya menghidupkan mesjid..tidak kurang juga jiwa2 tua yg masih "Muda" menghidupkan dan mengimarahkan masjid. Alhamdulillah tempatku di Iskandariah,Mesir..agar pengalaman ini dpt ku teruskan di malaysia kelak insyaallah..Disebalik jutaan kekurangan yg ada..yakinlah terselindung kelebihan yg menjadi rahsia dan perlu kita selongkar di Mesir ini...

Insyaallah..ingatan ini utk diri sendiri..diri sendiri..diri sendiri..dan juga sahabat2 yg lain hendaknya..Moga segala amalan kita nnt diterima allah dan menjadi hujjah buat kita di padang mahsyar insyaallah..

p/s:seribu maaf andai tulisan ini tidak mnyenangkan mana2 pihak..insyaallah bole diperbaiki pada masa hadapan.Ingin kembali menulis..mudah2 allah memandu hati ini utk menyampaikan walau satu ayat..


Segala Yang Baik Datang Dari Allah..Yang Buruk Itu Disandarkan Pada Diri Ini Sebagai Tanda Hamba Yang Lemah...


Thursday 21 October 2010

wallahua'lam.

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.

Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.HARGAILAH MEREKA

Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu…

Saturday 16 October 2010

tuhan..lindungi aku ya allah..
kuatkan aku ya allah...
lindungiku dari putus asa...
namun..
jika ku harus mati..
pertemukan aku dgn Mu ya allah...

Friday 15 October 2010

To: community medicine.
aku x dpt layan kau dgn baik.
-maaf-

Wednesday 13 October 2010

Kuatkan aku ya allah.
Kuatkan aku...

Sunday 5 September 2010

Thank YOU.

hidup ini banyak dugaan dan cabaran..
namun ubatlah hati mu yang sakit dengan bermunasabah diri..
sahabat..
bila engkau memandang segalanya dari Allah,
yang menciptakan segalanya,yg menimpakan ujian,yang menyebabkan sakitnya hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,serta menyusahkan hidupmu..
pastinya akan berdamailah hatimu,kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2..
bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,pecahnya hatimu,tapi mungkin itulah yang Dia mahu,kerana Dia tahu,hati yang sebegini selalunya lebih mudah untuk dekat,&akrab dengannya..
Ingatlah,alangkah manisnya ujian Allah,lantaran Dia yg menguji kita & Dialah jua yang membantu kita menghadapinya..

moga di beri kekuatan.